Cerita Seorang Raja
السلام عليكم و مساء الخير

Admin sebenarnya baru sahaja cuba untuk membongkar ‘rahsia-rahsia’ dalam blog ini.Terlalu banyak benda dan juga ‘setting-setting’ yang kurang admin faham, jadi admin rasa admin kena korbankan sedikit masa untuk meneliti benda-benda moden dalam blog ini.Harap maklum.

Ok..admin ada sesuatu yang sangat menarik untuk dikongsikan kepada para pembaca sekalian.Dalam beberapa bulan yang lepas, Admin ternampak satu ‘entry’ dalam website al-Siraat dari UK yang membuatkan Admin rasa kagum.Oleh kerana website tu dalam bahasa Inggeris, Admin akan cuba terjemahkan sebetul yang boleh.

Raja China menulis satu syair yang memuji tentang Nabi kita SAW. Pelik bukan?( bagi yang tidak tahu sebab Admin sendiri tak tahu ). Bagaimana seorang Raja dari China mengetahui tentang keperibadian Baginda tidaklah Admin tahu . Berikut adalah sejarah hidup Raja tersebut :

Hong-Wu (juga dikenali dengan namanya diberikan Zhu Yuanzhang) adalah seorang Maharaja China antara tahun 1368-1398 CE. Beliau merupakan orang pertama Maharaja Dinasti Ming, mengetuai tentera yang menakluk negara ini dan menewaskan Mongol yang dipimpin Dinasti Yuan.

Walaupun bukan Islam, Hong-Wu mengarahkan pembinaan beberapa buah masjid di Nanjing, Yunnan, Guangdong dan Fujian. Beliau membina semula Masjid Jinjue di Nanjing dan sejumlah besar Hui (Cina Muslim) berpindah ke bandar semasa pemerintahannya.

Beliau mempunyai kira-kira 10 jeneral Muslim dalam tentera, termasuk Chang Yuchun, Lan Yu, Ding Dexing, Mu Ying, Feng Sheng dan Hu Dahai. Di samping itu, pasangan Hong-Wu, Empress Ma, berasal dari keluarga Islam walhal pada asalnya beliau adalah seorang anggota kumpulan pemberontak Islam yang diketuai oleh Guo Zhixin.

Maharaja Hong-Wu menulis sajak pujian 100 perkataan memuji Islam, Allah dan Nabi Muhammad yang diletakkan di masjid-masjid beliau perintahkan supaya dibina.

Berikut adalah gambar dalam bahasa cina :




The One-Hundred Word Eulogy:
Since the creation of the Universe,
God had decreed to appoint,
This great faith-preaching man,
From the West he was born,
He received the Holy Scripture,
A Book of thirty parts,
To guide all creation,
Master of all Rulers,
Leader of Holy Ones,
With Support from Above,
To Protect His Nation,
With five daily prayers,
Silently hoping for peace,
His heart towards Allah,
Empowering the poor,
Saving them from calamity,
Seeing through the darkness,
Pulling souls and spirits,
Away from all wrongdoings,
A Mercy to the Worlds,
Traversing the ancient majestic path,
Vanquishing away all evil,
His Religion Pure and True,
Muhammad,
The Noble & Great one


P/S : Menarik bukan?kredit kepada penulis asal entry ini. Terima Kasih.^^
0 Responses

Catat Ulasan